Balasan


S 2 (d)  :  Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang
               telah membuat atau telah menahan diri dari melakukan sesuatu maka 
               perbuatan itu adalah balasan untuk janji itu
               Contoh : A beli basikal dari B dengan harga RM100. Balasan A kepada B untuk
               basikal ialah RM100,sementara balasan B kepada A ialah sebuah basikal.

Jenis-jenis

✿ Eksekutori        - balasan yang belum dilaksanakan (janji untuk membalas janji) 
✿ Tersempurna    - balasan yang akan dilaksanakan (janji untuk membalas suatu 
                               perbuatan) 
✿ Lepas/Lampau - janji yang dibuat untuk membalas suatu perbuatan yang telah pun
                              dilaksanakan

Perbezaan antara AK dan UI

☺ S 2(d) - Balasan dari penerima janji
         AK = Balasan tidak semestinya daari penerima sahaja, boleh datang 
                   dari siapa sahaja.
          UI = Balasan hanya dari penerima janji

      Kes : TWEDDLE vs ATKINSON
      Huraian : H dan W adalah sepasang suami isteri, dan selepas perkahwinan mereka, 
      satu perjanjian telah dibuat di antara X dan Y iaitu bapa kepada kedua-dua H dan 
      W bahawa X dan Y akan memberi sejumlah wang kepada H, dan H mempunyai 
      kuasa tersebut untuk menuntut jumlah tersebut. Selepas kematian X dan Y, H 
      menuntut dari pentadbir harta Y untuk jumlah wang dijanjikan.
      Keputusan : Tuntutan H harus ditolak. Ini adalah disebabkan H bukanlah pihak 
      kepada kontrak di antara X dan Y, H juga tidak memberi apa-apa balasan kepada
      perjanjian itu.


☺ S 2(d) - Balasan Lampau
         AK = Boleh dalam bentuk balasan lampau atau semasa
           UI = Balasan lampau adalah tidak bernilai dan tidak mewujudkan kontrak yang sah.

     Kes : KEPONG PROSPECTING LTD & ORS vs SCMIDTH
     Huraian : Scmidth telah memberi perkhidmatannya untuk mendapatkan permit 
     mencari gali bijih besi dari Kerajaan Negeri Johor kepada Tan. Selepas permit 
     tersebut diperoleh pada bulan November 1953, Tan membuat perjanjian dengan 
     Scmidth bahawa beliau akan membayar satu peratus daripada harga setiap jualan 
     bijih yang diusahakan. Scmidth membuat tuntutan di mahkamah terhadap perjanjian
     ini apabila pertelingkahan timbul di antaranya dan syarikat perayu.
     Keputusan : Sebarang perkhidmatan yang diberikan Scmidth sebelum penubuhan 
     syarikat perayu tidak boleh menjadi balasan kerana syarikat tidak wujud pada ketika
     itu. Tetapi perkhidmatan yang diberikannya selepas penubuhan syarikat, iaitu sebelum
     adanya perjanjian boleh menjadi balasan yang sah di bawah undang-undang 
     dan Scmidth berhak kepada jumlah yang dituntutnya.


Pembayaran sebahagian
     S 64, AK- penerima janji boleh 
                      i) bebas/kurangkan sebahagian/ keseluruhan
                     ii) lanjutkan masa
                    iii) ganti sebarang pemenuhan janji yang berpatutan.

      Kes : KERPA SINGH vs BARIAM SINGH
      Huraian : Bariam Sing berhutang kepada Kerpa Singh sebanyak RM 8,869.94 
      mengikut penghakiman mahkamah. Anaknya menulis surat kepada Kerpa Singh,
      menawarkan RM4,000 sebagai penjelasan penuh hutang bapanya, dan menyertakan 
      sekeping cek untuk nilai tersebut dengan syarat bahawa sekiranya cadangan itu 
      ditolak oleh Kerpa Singh, dia hendaklah memulangkan cek tersebut. Peguam Kerpa 
      Singh menunaikan cek tersebut dan menyimpan RM4,000. Kerpa Singh menuntut 
      baki hutangnya.
      Keputusan : Perbuatan menunaikan cek dan menyimpan RM4,000 menunjukkan 
      bahawa Kerpa Singh bersetuju bahawa bayaran RM4,000 akan melangsaikan
      keseluruhan hutangnya. Oleh itu, Kerpa Singh tidak menuntut baki hutangnya dari 
      Bariam Singh.


      UI = tidak mengiktiraf pembayaran sebahagian boleh melangsaikan keseluruhan
              hutang.

      Kes : FOAKES vs BEER
      Huraian : Dr. Foakes berhutang dengan Puan Beer sebanyak 2090 PS. Puan Beer
      bersetuju sekiranya Dr. Foakes membayar 500 PS dan bakinya secara ansuran, 
      dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr. Foakes. Dr Foakes 
      membayar mengikut arahan yang ditetapkan oelh Puan Beer tetapi Puan Beer 
      menuntut untuk faedah sebanyak 360 PS. Apabila Dr. Foakes enggan membayar
      jumlah tersebut, Puan Beer menuntut di mahkamah.
      Keputusan : Puan Beer berhak untuk menuntut 360 PS dari Dr. Foakes.


✿ Balasan- kewajipan undang-undang
    
    Kes: STILK vs MYRICK
    Huraian : Kapten kapal telah berjanji dengan anak kapal bahawa sekiranya mereka
    sanggup melakukan kerja dua orang anak kapalnya yang telah melarikan diri, gaji dua 
    orang anak kapal tersebut akan dibahagikan di antara mereka.
    Keputusan : Janji kapten tidak dapat dikuatkuasakan kerana anak kapal adalah
    terlibat di sisi undang-undang untuk memastikan kapal tersebut selamat sampai ke
    destinasinya.


Keberpadaan Balasan
    S 26 (f)  - suatu perjanjian di mana persetujuan membuat janji diberi secara bebas
                    tidaklah batal semata-mata kerana balasan itu tak memadai.

    Kes : PHANG SWEE KIM vs BEH I HOCK
    Huraian : Pihak responden telah memindah milik sebahagian daripada haknya terhadap 
    sebidang tanah kepada suami perayu, si mati. Balasan ke atas pindah milik itu adalah 
    20,000 matawang Jepun. Pindah milik tersebut tidak pernah didaftarkan tetapi si mati 
    telah menduduki tanah itu sehingga dia meninggal dunia. Tiada sebarang wasiat yang 
    ditinggalkan oleh si mati. Pihak perayu, balu si mati memperolehi surat kuasa dan
    menduduki tanah tersebut. Tidak lama kemudian, tanah itu dibahagikan kepada dua lot 
    dan bahagian tanah yang diduduki oleh pihak perayu menjadi milik responden. Kini 
    pihak responden mendakwa bahawa pihak perayu telah mencerobohi tanah responden 
    dan menuntut untuk pemilikan kosong.
    Keputusan : Dalam tuntutan balas, perayu memohon supaya mahkamah 
    mengisytiharkan bahawa perayu adalah pemilik lot berkenaan berdasarkan perjanjian 
    lisan di antaranya dan responden. Apabila kes ini dibicarakan hakim memutuskan
    bahawa perjanjian lisan tersebut adalah batal kerana balasan tidak mencukupi.


✿ Perjanjian tanpa balasan
    ☺ S 26 (a) - perjanjian tanpa balasan adalah batal KECUALI 
                       i) perjanjian bertulis
                       ii) didaftarkan 
                      iii) hubungan kasih sayang

    Kes : RE TAN SOH SIM
    Huraian : Satu perjanjian telah dibuat oelh waris mendiang Puan Tan Soh Sim bahawa 
    harta peninggalan si mati hendaklah dibahagikan di antara dua anak saudara angkat 
    perempuan, dan dua anak saudara angkat lelakinya untuk memenuhi hasrat si mati.
    Keputusan : Berdasarkan adat resam masyarakat kaum Cina, iaitu anak angkat lelaki 
    mempunyai hubungan rapat dengan keluarga ayah angkatnya sahaja dan bukan dengan 
    keluarga ibu angkatnya. Oleh yang demikian, perjanjian untuk pembahagian harta 
    adalah batal kerana ketiadaan balasan dan tidak memenuhi syarat yang ketiga iaitu 
    mengenai kasih sayang semula jadi antara pihak-pihak yang ada hubungan karib.


      ☺ S 26 (b) - perjanjian tanpa balasan adalah batal KECUALI
                         i) secara sukarela
                        ii) boleh dipaksa di sisi undang-undang

        Kes : J.M WOTHERSPOON & CO LTD vs HENRY AGENCY HOUSE
        Keputusan : Sekiranya sesuatu perbuatan atau tindakan itu dilakukan atas 
        cadangan pihak lain maka perbuatan atau tindakan itu tidak boleh dianggap
        sebagai sukarela.


       ☺ S 26 (c) - perjanjian tanpa balasan adalah batal KECUALI
                         i) perjanjian bertulis
                        ii) ditandatangani oleh orang yang berhutang/agen
                       iii) bayar keseluruhan /sebahagian hutang
                       iv) hutang dihalang had masa (lebih dari 6 tahun)

            Contoh 1 : PTPTN, tiada balasan untuk PTPTN tapi kita dapat balasan dengan duit 
                             yang diberi pinjam
  
            Contoh 2 : Plaintif menang kes. Jadi defendan kena bayar pampasan sebanyak 
                             RM10,000. Plaintif kena buat tuntutan sebelum 6 tahun.
                             (kalau tidak, tuntutan expired)

Penerimaan


 S 2 (b)  :  Apabila orang kepada siapa cadangan itu dibuat menyatakan  persetujuan 
                dengan cadangan itu maka boleh dikatakan bahawa cadangan itu diterima, 
                sesuatu cadangan bila diterima, adalah menjadi janji.

Syarat-syarat Penerimaan
✿ S 7 (a) - Mutlak dan tidak bersyarat :
               ☺ suatu penerimaan mestilah menepati semua (bukan sebahagian) syarat 
                    dan terma dalam satu cadangan.
                    Kes : HYDE vs WRENCH

✿ S 7 (b) - Biasa dan munasabah
               ☺ kaedah yang biasa diamalkan dan rasional, kecuali pencadang menetapkan 
                   cara penerimaannya.
                   contoh : Smartshop, penetapan bayaran secara ansuran (bukan secara tunai)


Cara Penerimaan
    Bertulis dan lisan

    Kes : WEATHER vs BANHAM
    Keputusan : Perbuatan mendiamkan diri selepas menerima langganan majalah setelah
    tempoh masa langganan luput adalah diputuskan sebagai satu penerimaan.


✿ Masa Penerimaan
    S 6 (b) - cadangan dibatalkan dengan luputnya waktu yang ditetapkan, atau luputnya 
                  waktu yang munasabah, tanpa komunikasi penerimaan 

    Kes : FRASER vs EVERETT
    Huraian : Pihak defendan telah memohon untuk membeli saham dari sebuah syarikat di
    London melalui telegram pada bulan Mac. Syarikat saham itu membuat penerimaan 
    dengan menghantar saham tersebut pada bulan Mei kepada defendan. Plaintif 
    menuntut apabila defendan mungkir kontrak.
    Keputusan : Penerimaan yang dibuat oleh pihak plaintif bukanlah dalam masa yang
     munasabah. Tuntutan plaintif ditolak.


✿ Komunikasi Penerimaan
    Contoh : A buat cadangan pada B  untuk menjual kereta. B bersetuju untuk membeli.
    Penerimaan B mesti sampai kepada pengetahuan A.

    S  4 (2) - komunikasi penerimaan lengkap
                    a) atas pencadang
                    b) atas penerima
                    Contoh : B menerima cadangan A yang dibuat dengan surat melalui pos. 
                    Komunikasi penerimaan itu adalah lengkap. (terhadap A bila surat telah 
                    diposkan, terhadap B bila surat diterima A)

    Kes : ENTEROS LTD vs MILES FAR EAST CORP
    Huraian : Defendan yang berada di Amsterdam telah membuat satu penerimaan
    melalui teleks. Plaintif yang menerima teleks itu berada di London. Pertelingkahan 
    timbul di antara kedua-dua belah pihak. Plaintif memohon kebenaran dari 
    mahkamah Inggeris untuk menyerahkan writ ke atas defendan.
    Keputusan : Kebenaran untuk menyerahkan writ mestilah dibenarkan kerana kontrak
    wujud di London, tempat di mana plaintif menerima jawapan. Penerimaan sampai 
    kepada pengetahuan plaintif selaku pencadang apabila penerimaan telah dikemukakan
    kepadanya apabila ia berada di London


✿ Pembatalan Penerimaan
    Contoh : A mencadang secara bersurat melalui pos, untuk menjual rumahnya kepada B. 
    B menerima cadangan itu secara bersurat melalui pos. B boleh batalkan penerimaan
   sebelum surat perhubungan itu sampai kepada A tetapi tidak selepasnya.


Komunikasi Pembatalan 
    S 4 (3)(a) - terhadap orang yang membatalkan 
    S 4 (3)(b) - terhadap orang yang siapa dibuat

    Contoh : A mencadangkan secara bersurat untuk menjual sebuah kereta kepada B, pada
    harga RM3,000. B menerima cadangan A dengan surat melalui pos. Kemudian, B
    menukar fikiran lalu membatalkan penerimaannya melalui telegram. Pembatalan lengkap 
   pada B bila telegram dikirim. Pada A bila telegram diterima.

Pengenalan Kontrak


Pelepasan Kontrak
- Kewajipan kontraktual pihak-pihak dalam sesuatu kontrak dikatakan telah dilepaskan apabila pihak-pihak berkenaan tidak lagi dikehendaki melaksanakan obligasi tersebut. Sesuatu kontrak boleh dilepaskan apabila terdapat faktor-faktor seperti berikut : 


Perlaksanaan
    Penyempurnaan lengkap/ sebenar sesuatu kewajipan menurut syarat-syarat yang 
    telah dipersetujui dalam kontrak

Kes : BOLTON vs MAHADEWA
Huraian : Plaintif telah bersetuju memasang alat pemanas di rumah defendan. Setelah siap dipasang defendan enggan membuat bayaran kerana alat tersebut tidak berfungsi.
Keputusan : Plaintif tidak berhak menuntut.


Perjanjian
    Pihak-pihak yang berkontrak melepaskan kewajipan atau obligasi masing-masing 
    melalui perjanjian baru dalam bentuk : 

Novasi
     - Pengambilalihan tanggunggan/obligasi oleh pihak lain
     * Pihak ketiga tolong bayarkan

Pembatalan
     - Pihak-pihak berkontrak membatalkan kontrak tersebut atas persetujuan pihak-
       pihak yang terlibat sebelum sesuatu perlaksanaan dalam sesuatu kontrak.
     * Batal kontrak sedia ada dan buat yang baru.

Pengubahan
     - Perjanjian dibuat untuk mengubah atau meminda terma-terma kontrak.
     * Mengubah isi perjanjian (sekali sahaja)

Remitan
     - Pengurangan/meringankan/melepaskan samada keseluruhan atau sebahagian 
       daripada perjanjian asal.


✿ Kekecewaan
    S 57 AK : Apabila berlaku ketidakmungkinan dalam pelaksanaan sesuatu kontrak 
                    maka kontrak tersebut adalah mustahil untuk dilaksanakan.

Kes : SENG DJIT vs NAGURDAS PUSHOTUMDAS & CO
Keputusan : Satu perjanjian pengangkutan laut menjadi kecewa apabila kapal berkenaan diambil milik oleh kerajaan selepas peperangan meletus. ( Kontrak batal )


✿ Kemungkiran
    Apabila pihak-pihak yang berkontrak gagal untuk melaksanakan obligasi 
    kontraktualnya, ini memberikan hak kepada pihak yang tidak bersalah
    untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuklah menamatkan kontrak.

Remedi bagi Pecah Kontrak
- Remedi satu cara yang diberi oleh undang-undang untuk menguatkuasakan sesuatu hak atau bagi mendapatkan pampasan berbentuk wang bagi menggantikan pelaksanaan. Tuntutan boleh dibuat dalam bentuk gantirugi atau pampasan, bayaran berasaskan quantum merit, pelaksanaan spesifik, injuksi dan sebagainya.


Gantirugi/ Pampasan
    - Memberi gantirugi kepada pihak yang tidak bersalah bukan untuk menghukum pihak yang mungkir, Prinsip pembayaran gantirugi boleh dirujuk dalam S74 sehingga S76 AK

Jumlah yang ditentukan 
Jumlah yang tidak ditentukan

     i)  Gantirugi Khas
         - Pampasan wang untuk tujuan meletakkan plaintif dalam kedudukan yang 
           sepatutnya dinikmatinya seandainya kontrak itu tidak dapat dilaksanakan.
         
    ii) Gantirugi Nominal
        - Gantirugi yang kecil akibat perlanggaran kontrak oleh defendan tetapi plaintif 
           tidak mengalami kerugian sebenar atau tidak dapat membuktikan kerugian itu.

    iii) Gantirugi Teladan
         - Gantirugi yang besar jumlahnya berbanding dengan kerugian yang dialami oleh
            plaintif .

Kes : HADLEY vs BAXENDALE
Huraian : Plaintif telah membuat pesanan satu jentera dari Greenwich tetapi disebabkan kelewatan defendan untuk menghantar jentera tersebut ke kilang plaintif, menyebabkan plaintif mengalami kerugian.
Keputusan : Defendan bertanggunggan untuk membayar satu jumlah gantirugi yang munasabah kepada defendan.


Bayaran berasaskan quantum merit
     - Quantum merit bermaksud sebanyak mana yang patut diterimanya. Ia merupakan tuntutan untuk mendapatkan sejumlah wang/bayaran/gantirugi untuk satu jumlah yang munasabah sebanyak mana ia patut terima hasil  dari perkhidmatan yang diberikan.

Kes : UPTON RDC vs POWELL
Huraian : Terdapat satu kontrak termaklum di antara defendan dan plaintif bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh plaintif kepada defendan.
Keputusan : Ganjaran yang munasabah dan berpatutan perlu dibayar oleh defendan bagi perkhidamatan-perkhidmatan yang diterimanya.


Pelaksanaan Spesifik
    - Perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah mengarahkan defendan melaksanakan perjanjiannya menurut syarat-syarat yang dinyatakan dalam kontrak. Perintah ini hanya diberi seandainya pembayaran jumlah wang tidak merupakan remedi yang mencukupi atau kontrak tersebut merupakan satu tugasan amanah yang perlu dilaksanakan dan ia bergantung kepada budi bicara mahlamah. Dinyatakan dalam S 11(1) dan S 21(1) Akta Relief Spesifik .

     S 20 Akta Relief Spesifik : Keadaan di mana pelaksanaan spesifik tidak akan diberikan :
    a) Sekiranya gantirugi bukanlah remedi yang memadai
    b) Kontrak merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kelayakan peribadi.
    c) Kontrak tersebut begitu terperinci kandungannya, contohnya kontrak pembinaan.

Kes : CITY INVESTMENT SDN BHD vs KOPERASI SERBAGUNA CUEPACS
Huraian : Suatu pindah milik harta telah tidak dapat dilaksanakan akibat pelanggaran kontrak.
Keputusan : Perintah pelaksanaan spesifik kerana harta tidak alih (tanah) tidak boleh ditebus dengan pampasan bentuk wang.


 Injuksi 
    - Arahan mahkamah supaya membetulkan salah lakunya yang menjadi punca kemungkiran kontrak, ia boleh dikategorikan sebagai : 

Injuksi Prohibitari 
    - Melarang sesuatu tindakan daripada melakukan

Injuksi Mandatori
     - Mengkehendaki tindakan tertentu dilakukan bertujuan mengekalkan status quo 
       pihak-pihak yang berkontrak.
      S 50 Akta Relief Spesifik, injuksi merupakan satu lagi remedi yang tertakluk kepada 
      budi bicara mahkamah. Boleh diberikan untuk sementara atau selama-lamanya.

Kes : NEOH SIEW ENG & ANOR vs TOO CHEE KWANG
Huraian : Pemilik rumah telah memotong bekalan air kepada penyewa rumahnya.
Keputusan :  Satu perintah injuksi supaya pemilik rumah tidak memotong bekalan air kepada penyewa rumahnya.



Pengenalan Kontrak


Akta Kontrak 1950

S 2 (h)  : Sesuatu kontrak yang sah ialah sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan 
              oleh undang-undang.
S 2 (g)  : Sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah 
              batal.    
S10 (1) : Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak 
              yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan 
              sesuatu tujuan yang sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah 
              peruntukan Akta ini bahawa ianya batal.

Jenis-jenis

Bilateral     : antara dua atau lebih pihak yang telah dikenalpasti dan ditentukan.
Unilateral  : dibuat oleh sesuatu pihak kepada pihak umum yang belum dikenalpasti

Elemen-elemen Kontrak



Elemen-elemen yang boleh Membatalkan Kontrak


Cadangan


S 2 (a)  :  Kesediaan melakukan atau menahan diri dari melakukan, bagi memperolehi 
               persetujuan orang lain berbuat demikian.
S 2 (c)  : "Pembuat janji" yang membuat cadangan, dan "penerima janji" yang menerima
               cadangan.


✿ Pelawaan Cadangan
    Bukan cadangan tetap mempelawa orang lain untuk membuat cadangan

 Peragaan barang di kedai layan diri
    Kes : PHARMACEUTICAL SOCIETY OF GREAT BRITAIN vs BOOTS CASH CHEMIST   
               LTD.
    Perbuatan meragakan ubat di atas para kedai layan diri adalah pelawaan cadangan 
    sahaja. Suatu cadangan hanya berlaku apabila pelanggan meletakkan ubat di kaunter 
    pembayaran. Cadangan ini kemudiannya boleh diterima atau ditolak oleh ahli farmasi 
    yang membuat penyeliaan di kaunter  pembayaran. Kontrak hanya akan berlaku di
    meja pembayaran apabila ahli farmasi menerima cadangan pelanggan untuk membeli 
    ubat tersebut. Oleh itu, tuan punya farmasi dalam kes ini didapati tidak melakukan
    jualan yang terlarang oleh Akta Ubatan dan Racun 1933.


Pelawaan pelelong untuk harga
     Kes : PRESTON CORP SDN BHD vs EDWARD LEONG & ORS
     Sebutharga hanyalah pemberitahuan maklumat yang mana bergantung kepada 
     tawaran bagi memasuki kontrak


Pengiklanan
     Kes : COELHO vs THE PUBLIC SERVICES COMMISSION
     Huraian : Coelho telah memohon jawatan yang diiklankan dalam akhbar The Malay 
     Mail oleh Public Service Commission. Coelho berjaya dalam temuduga dan dilantik
     sebagai penolong pegawai pasport secara percubaan. Tidak lama kemudian Coelho 
     telah ditamatkan perkhidmatan. Isu yang timbul dalam kes ini ialah sama ada iklan 
     jawatan yang Coelho pohon itu adalah cadangan atau pelawaan cadangan.
     Keputusan : Iklan The Malay Mail adalah pelawaan cadangan oleh PSC yang dibuat
     kepada sesiapa yang ingin memohon jawatan yang diiklankan. Cadangan ini boleh
     diterima atau ditolak oleh PSC. Apabila PSC membuat penerimaan kepada 
     permohonan Coelho, PSC tidak membuat penerimaan bersyarat dengan menyatakan 
     bahawa perlantikan Coelho adalah percubaan. Oleh yang demikian penamatan 
     perkhidmatan Coleho adalah tidak sah.


Komunikasi Cadangan
    S 4 (1)  : Lengkap apabila sampai kepada penerima cadangan
                 contoh : Maznah mencadangkan secara besurat untuk menjual sebuah rumah 
                 kepada Maimun dengan harga RM 150,000. Cadangan lengkap bila Maimun 
                 terima surat cadangan.


Pembatalan Cadangan
    S 5 (1)   : Boleh batal bila-bila sebelum komunikasi penerimaan lengkap pada pencadang.
    S 6        : Syarat-syarat pembatalan cadangan.
              
  Dengan pihak mengkomunikasikan notis pembatalan oleh pencadang kepada 
      pihak lain
      S 4 (3)  : Komunikasi pembatalan lengkap
                  i) kepada pencadang = apabila komunikasi pembatalan dimasukkan ke dalam 
                                                     perjalanan pengiriman 
                  ii) kepada siapa ianya dibuat = apabila pembatalan sampai kepada 
                                                                pengetahuannya.

    Kes : BYRNE vs VAN TIENHOVEN
    Huraian : Pihak defendan telah mengirimkan surat tawaran untuk menjual 1000 
     kotak tinplates kepada plaintif pada 1 Okt. Pada 8 Okt defendan mengirim surat 
     pembatalan tawaran kepada plaintif. Pada 11 Okt plaintif telah menerima surat 
     tawaran yang diposkan oleh defendan pada 11 Okt dan plaintif membuat penerimaan 
     melalui telegram pada hari yang sama. Pada 20 Okt plaintif menerima surat 
     pembatalan tawaran dari defendan.
     Keputusan : Komunikasi pembatalan adalah lengkap pada 20 Okt apabila ia sampai
      ke pengetahuan plaintif. Sementara itu satu kontrak yang sah telah pun terbentuk 
      pada 11 Okt apabila plaintif mengirim telegram kepada defendan.


Dengan luputnya waktunya, yang ditetapkan atau yang munasabah
    Kes : RAMSGATE VICTORIA HOTEL CO LTD vs MONTEFIORE
    Huraian : Pada 8 Jun, defendan telah mengirim surat cadangan untuk membeli 
    saham dari sebuah syarikat. Pada 23 Nov plaintif telah membuat penerimaan,
    dan sejumlah saham telah diperuntukkan kepada defendan. Defendan enggan 
    menerima saham tersebut atas alasan bahawa beliau tidak lagi memerlukan
    saham-saham tersebut.
    Keputusan : Defendan tidak terikat dengan penerimaan plaintif kerana cadangan
    itu telah luput waktu kerana penerimaan tidak dilakukan dalam waktu yang 
    munasabah.


Atas kemungkinan penerima menerima memenuhi syarat terdahulu
    Apabila syarat terdahulu telah diubah atau tertakluk kepada syarat-syarat baru, maka 
    cadangan asal akan  luput dengan sendirinya, kerana dikatakan telah wujud cadangan
    balas.

     Kes : HYDE vs WRENCH
     Huraian : Defendan telah membuat cadangan untuk menjual estetnya dengan harga 
     1000 pound sterling. Plaintif bersetuju untuk membeli tetapi hanya dengan membayar
     950 pound sterling. Beberapa hari kemudian plaintif bertukar fikiran dan bersetuju 
     untuk membayar harga asal iaitu 1000 pound sterling. Defendan enggan menjual estet
     itu. Plaintif memohon untuk melaksanakan spesifik.
    Keputusan : Cadangan plaintif untuk membeli estet tersebut pada harga 950 pound 
    sterling adalah cadangan balas yang menyebabkan cadangan asal menjadi luput. Oleh 
    itu, tiada kontrak yang sah wujud di antara plaintif dan defendan.


Atas kematian, pencadang
    Cadangan menjadi batal/ berakhir sekiranya pencadang mati/sakit otak, dan diketahui 
    oleh penerima sebelum membuat penerimaan.

    Kes : BRADBURY vs MORGAN
    Keputusan : Sekiranya fakta tentang kematian pencadang tidak diketahui oleh
    penerima, penerimaan cadangan tersebut adalah sah dan dapt dikuatkuasakan.